Jenis jenis Tali Pancing

Written By kopraljhono on Jumat, 20 Januari 2012 | 21.58


Pemilihan tali pancing yang tepat dan betul banyak mempengaruhi hasil pancingan setiap kaki pancing. Terdapat pelbagai jenis dan tujuan bagi setiap tali pancing yang terdapat dipasaran. Minggu ini TGL ingin mengajak rakan-rakan berkongsi maklumat tentang tali pancing.
Terdapat dua jenis tali pancing dipasaran iaitu main line dan hook line. Penggunaannya disesuaikan dengan tujuan kita iaitu mencari ikan besar/kecil. Diameternya juga disesuaikan dengan besar kecilnya ikan yang kita inginkan.

Jenis-jenis tali pancing
Monofilament adalah jenis tali dengan serabut (filament) tunggal, yang terbuat dari bahan asas nylon. Bahan asas pembuatan tali nylon ini adalah biji nylon (nylon chips).
Monofilament terbahagi kepada tiga jenis iaitu:- Nylon Homo-Polymer, merupakan generasi pertama dari jenis nylon yang diperbuat dari bahan nylon 6. Jenis ini masih dikeluarkan sehingga kini kerana ia merupakan pilihan yang paling ekonomi.
Nylon Co-Polymer, merupakan jenis yang diformulasi khusus untuk mengatasi kekurangan pada jenis homopolymer. Dengan elongasi (mengganjalan pada ketika ditarik) yang kecil, kelenturan yang lebih baik dan memiliki kekuatan lebih tinggi dari jenis nylon homo-polymer. Ianya diblending (dicampur) dari dua jenis bahan iaitu nylon 6 dan nylon 66. Jenis ini dipelbagaikan lagi kepada:-
1. Extra Strength2. Better Abrasion Resistance3. SofterFluoro Carbon, Jenis ini dibuat untuk mengatasi kelemahan dari jenis bahan nylon.Ianya dibuat dari bahan polyvinyledene fluoride (PVDF).

Kelebihan tali pancing ini adalah :
a. Indeks bias (Reflexion Index) ianya adalah 1.43 karena menghampiri indeks bias air iaitu 1.34, jadi penampakan jenis ini lebih tak terlihat dibandingkan dengan jenis nylon yang memiliki indek bias 1.53.
b. Berat jenis (Bouncy), jenis ini juga lebih cepat tenggelam daripada jenis nylon dengan kadar beratnya 1.78kg/lt yang lebih berat daripada berat jenis nylon 1.14kg/lt, (berat jenis air tawar = 1.00kg/lt)
c. Jenis ini tidak banyak menyerap air, sehingga dalam keadaan basah atau kering sifatnya tidak banyak berubah atau lebih solid.
d. Jenis ini lebih tahan terhadap radiasi ultra violet.
Kekurangan jenis ini adalah : a. Tenacity (kekuatan tanpa dipengaruhi diameter) carbon lebih kecil dibandingkan dengan nylon,pada ukuran diameter yang sama,jenis nylon lebih kuat dibanding dengan fluoro carbon.
b. Kelenturan fluoro carbon kurang cantik dibanding dengan jenis nylon.
c. Perbandingan kekuatan ikat terhadap kekuatan linear oleh jenis fluoro carbon hanya 60%, dibandingkan dengan jenis nylon yang antara 70% hingga 80%.
d. Harga jenis fluoro carbon jauh lebih mahal dibandingkan dari jenis nylon.

MULTIFILAMENT
Multifilament adalah jenis dengan banyak serabut/filament. Permukaan jenis ini kasar, tidak sehalus dengan bahan nylon.
Braided, adalah jenis yang memiliki banyak serabut dan menyerupai jalinan rambut.Diperbuat dari bahan plyethylene (PE) yang disebut Dyneema. Jenis ini unggul karana keregangannya rendah, kekuatan jenis lebih baik dan sifatnya menyerap air, tidak transparansi.

1 komentar:

Unknown mengatakan...

Kurang jelas sehingga gak bisa memberikan ulsan seobyektif mungkin.

Posting Komentar

 
berita unik